Penampilan Merpati Lahore

Lahore adalah sejenis merpati yang bersaiz agak besar dengan tinggi kira-kira 10.5 inci dan panjang 11.5 inci. Ukuran dari bahu ke bahu pula adalah 5.5 ini. Corak warnanya juga luar biasa: warna asas adalah putih, dan warna keduanya bermula di hujung paruh, membentuk lengkungan di sekeliling mata dan melintasi belakang leher dan sayap. Bahagian belakang dan ekor adalah berwarna putih. Walau bagaimanapun bagi tujuan pertandingan perhatian lebih tertumpu pada kualiti warna pada bahagian kepala, leher dan sayap.

Lehernya memiliki bulu lebat dan berdada bidang. Lahore memiliki pipi yang temban, manakala paruhnya pula adalah "lebar, berwarna hitam dan tumpul di hujungnya." Kaki dan betisnya berbulu seolah-olah memakai stoking yang tebal.

Lahore boleh didapati dalam banyak warna yang berbeza termasuk Bar Biru, Berpetak, Merah, Biru, Perang dan Hitam.